Wednesday, January 7, 2009

GURINDAM GAZA

Aku ambik dpd FB member ex-KISAS yg mmg sangat perihatin dgn nasib Palestin, even dia sedang tanggung/so called amik sorang anak angkat Palestin..

GURINDAM GAZA

Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,

Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuaya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!

ABUKIFAH

3 comments:

Fid said...

Neq...meleleh air mata aku tengok pic tu pagi2 tadi kat paper...cam nak bunuh jer semua orang2 Israel ni...tak de perasaan ke diorang nih ha sampai anak2 kecil yang tak berdosa jadik mangsa....sedih sangat...speechless.... :(

Neneq said...

setiap hari hati aku macam kena tarik2 bila baca paper..sakit hati..dendam tul aku dgn israel ni...

Nurul said...

neq..aku kalau tgk news CNN mmg aku benci sial..bias israel..besa la america..jahat tak sudah...mmgla aku benci america taik n israel tu..sial la

 
design by suckmylolly.com