Wednesday, July 8, 2009

AKU RINDU....


Aku rindu..teramat rindu..disana aku rasa amat dekat dengan-Nya, seolah-olah berbicara dengan-Nya, tapi di sini..aku makin jauh....hanyut...seolah aku berbicara tapi tak sampai pada-Nya..kenapa ye...hati kotor? hati lemah? sudah tidak ikhlas bicaranya? dengan masalah yg bertimpa-timpa..aku cuba bicara lagi..tapi hati masih rungsing..ku cari lagi..tapi seolah-olah buntu..
Ya Allah, hati ini sayu..lemah..tiada upaya..aku mohon kau sayangi aku...pelihara aku..pelihara hatiku agar tidak bisa dirobek syaitan yang memberi rasa was-was dalam hati...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Katakanlah, Aku berlindung pd Tuhan yg menguasai waktu subuh, dari kejahatan mahluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan-kejahatan ahli sihir wanita yg menghembus-hembus pada tali yg berpintal-pintal, dan dari kejahatan orang yg dengki apabila ia dengki." (Al-Falaq 1-5)

Wednesday, July 1, 2009

9 sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Sunday, May 10, 2009

KEPASTIAN - inteam

UJIAN TUHAN KEPADA SEMUA INSAN
ADALAH KEHIDUPAN INI
YANG BAIK MENJADI TUNTUTAN
YANG BURUK DIJAUHKAN

SYURGA YANG DIJANJIKAN
BUKANLAH SUATU KHAYALAN
TENTANG NIKMAT BERPANJANGAN ILAHI

NERAKA YANG TERCIPTA
MENGHIMPUN AZAB DERITA
TANGISAN KESENGSARAAN INSAN

SYURGA ADALAH KELAZATAN
TERBENTANG BUAT HAMBA BERIMAN
YANG KASIHKAN TUHANNYA
YANG KASIHKAN RASULNYA
YANG KASIH AGAMANYA

NERAKA TEMPAT KEDUKAAN
ANGKARA KEDURJANAAN INSAN
YANG LUPAKAN TUHANNYA
YANG LUPAKAN RASULNYA
YANG LUPA AGAMANYA

SIAPAKAH YANG LEBIH MULIA
DARI MEREKA YANG TIDAK LUPA
JANJI ALLAH ADALAH KEPASTIAN
DAN NIKMAT SYURGA ADALAH INDAH..

note: kaum kerabat & kawan-kawan aku sekalian..
"Sesungguhya...
ALLAH ITU BENAR!
RASUL ITU BENAR!
ISLAM ITU BENAR!

Thursday, April 9, 2009

Labbaik Allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik innal hamda wan ni‘mata laka wal mulku



InsyaAllah, tanggal 16 April 2009 ni, aku, ayah, pakcik dan seorang kawan (Pe'dah)akan berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Dengan itu kat blog ni aku nak mintak maaf pada kawan2 semua, halal kan semuanya..doakan kami mendapat yang terbaik seterusnya menjadi Muslim yang lebih baik dan istiqamah dengan perubahan itu hingga akhir hayat. Doakan aku menemui apa yg aku cari selama ini..damai hati..yang kemudiannye aku tukar kepada mencari manisnya Islam..moga hati kotor ini Allah bersihkan agar mudah untuk menerima hidayah-Nya.insyaAllah.

Demi Allah, aku gelisah pada ketika ni dan pada saat aku type ni air mata aku kluar, taktau sebab apa. tapi itu perasaan sebenar aku..perasaan aku sekarang seolah2 macam nak masuk periksa dalam keadaan yg sangat tak bersedia. Allahuakbar!

Aku menulis ni tiada niat apa menunjuk atau takbur (moga Allah ampunkan aku kalu hati aku terpesong), lebih pada meluahkan rasa sebenar perasaan aku.

Kawan2, andai kata aku tersilap langkah lagi selepas balik dari Tanah Suci mohon utk tegur aku walaupun aku keras kepala. Jangan biarkan aku hanyut....lari...jauh..terpesong dari jalan Allah. Na'uzubillah.

Sekian, sekali lagi aku sepenuh hati mintak mahap n halal semuanya..dan mintak korang doa sama2 permudahkan perjalanan kami sebelum, semasa dan kembali dari Umrah & the most important thing amalan kami di terima Allah. Amin.InsyaAllah.

*Labbaik Allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik innal hamda wan ni‘mata laka wal mulku laa syarika lak*
(Aku penuhi panggilan-Mu, wahai Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu)

Tuesday, April 7, 2009

HAJI MUDA


Lagi buku menarik utk dibaca kawan-kawan, pengolahan yg sangat santai terasa dekat dgn kita, menyampaikan pada semua betapa pentingnya kita melunaskan rukun Islam ke-5 ni sesegera mungkin dan mengubah persepsi masyarakat umum bahawa haji adalah bagi golongan pesara. Mari kita sama2 muhasabah diri, semoga Allah segera menjemput kita ke sana. Amin.

Tuesday, March 31, 2009

APA ADA PADA NAMA..

just for fun..got from this
NUZAIMAH
N - Naif
U - Untung
Z - Zingy
A - Amanah
I - Ikhlas
M - Mesra
A - Alim
H - Harum
note: zingy
adjective
1 : enjoyably exciting

Friday, March 27, 2009

OH MAMA..

On the way pegi kerja pagi tadi, aku dengar segmen "Secawan Kopi, Sepotong Kuih" kat Selangor.fm. Menceritakan bagaimana jerit perih seorang ibu tunggal membesarkan anak2, pagi menjadi nelayan di pantai petang mengambil upah di kampung, hampir hari terakhir hidup dia pun dia pesan pada anak2 dia, "Kalau mak pergi, korang jgn susah2", anaknye pelik, persoalan terjawab 2 hari selepas berpesan dia menyahut panggilan Ilahi. Dia tinggalkan surat yang berbunyi, "Anakku, dalam surat ini ada duit, uruskanlah pengebumian emak dengan duit itu. Bukan mak tak mau pemberian kamu, tapi mak telah berjanji, tidak akan menyusahkan anak2 sepanjang mak hidup dan juga mati mak." Begitu mulia hati seorang ibu yang tiada tolok bandingnye..segmen tu ditutup dengan lagu Sharifah Aini ni..yang membuatkan aku termenung panjang dalm kereta tadi.

Monday, March 23, 2009

KAWAN

Kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar … dah dapat sepak..
Kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok … lepas tu pijak...
Kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap … dah dapat tendang..
Kawan tu bknnya mcm PAMPERS … dah pakai, buang …
Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
Kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
Kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
Kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
Kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


Lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm KORANG LA. .
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya :)

Friday, March 13, 2009

PERMAINAN NAFSU DAN SYAITAN Oleh : Hubaib

Artikel yg panjang tapi worth reading it....

" Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruhnya dan jika ia jahat , jahatlah seluruh anggotanya , ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahai Para Ikhwanku

Hati ibarat sumber segala sesuatu, kebaikannya akan membawa kebaikan kepada segala yang dilakukannya, keburukannya memberi keburukan juga kepada apa yang dilakukan. Ia adalah tempat yang akan dinilai oleh Allah SWT disebalik amal-amal kebaikkan atau keburukan seseorang hamba. Allah mencintai hati yang bersih, hati yang sentiasa merendah diri, hati yang ikhlas, hati yang gementar, hati yang cinta, hati yang sentiasa mengharapkan keampunan dan pengharapan. Nilai manusia terletak pada apa yang dilakukannya tetapi nilai Allah apa yang tersembunyi dalam hatinya. Ada manusia yang melakukan amal begitu hebat di sisi manusia, kemana ia pergi, nama dan amalnya atau kejayaannya sentiasa menjadi sebutan tetapi disisi Allah SWT, ia tiada nilai malah lebih hina dari seekor anjing kerana tiada keikhlasan. Ada manusia yang amalnya sedikit atau kecil, tiada manusia yang memandangnya tetapi nilainya tinggi di sisi Allah SWT disebabkan keikhlasannya. Di akhirat nanti, seluruh manusia akan berhadapan dengan Allah SWT samaada ia ulama, para syahid, para hafiz, para ahli ibadah, para ahli dermawan dan sebagainya untuk diperiksa hati mereka. Demi Allah , amat jahil dan butalah seseorang itu jika ia menganggap persoalan hati adalah kecil sedangkan di akhirat nanti ia adalah perkara yang utama yang menjadi nilaian Allah SWT.

Imam Nawawi dalam menyusun hadis 40 telah meletakkan hadis yang berkaitan dengan niat sebagai hadis yang utama. Syirik atau menduakan Allah SWT dalam amal adalah melambangkan tiada adab ia dengan Allah SWT, melambangkan tiada bersih hatinya. Mereka yang tiada ilmu dalam perjalanan nafsunya amat mudah tertipu. Ramai manusia yang beribadah menyebabkan ia jauh dari Tuhan apabila ibadahnya dimasuki penyakit 'ujub, takabbur atau riak. Ramai yang menasihati manusia kepada kebaikan tetapi malangnya ia menjadi manusia yang amat dimurkai Tuhan apabila ia sendiri tidak melakukan apa yang dia cakap. Ramai orang yang diberi kekayaan dan menyangka ia adalah nikmat padahal ia adalah istidraj untuk memusnahkan dirinya apabila harta tadi melalaikan ia dengan Allah SWT. Banyaknya ibadah dan amal bukannya menjadi nilai lagi di sisi Allah, keikhlasan adalah menjadi ukurannya.

Awasilah syaitan dan nafsu

Wahai ikhwanku

Demi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kehidupan yang panjang ini, amat bahaya dalam mengabdikan diri pada Allah SWT. Syaitan sebagai musuh utama tidak akan membiarkan manusia dalam kebaikan, tidak akan membiarkan ibadah sampai ke langit. Syaitan tidak menyerang manusia pada mata, telinga, kaki atau tangan tetapi ia melakukan serangan di tempat yang utama iaitu hati. Serangan yang dilakukan amat halus dengan pelbagai tipu daya sehingga ramai yang tidak menyedarinya. Ia mempunyai penolong yang setia yang berada dalam diri anak adam iaitu nafsu ammarah. Perjalanan yang panjang inilah yang memberi peluang bagi syaitan utuk menghilangkan kebaikan yang kita lakukan. Ia mahu segala amal soleh menjadi hancur. Kalau kita perhatikan bagaimana bijak dan busuknya syaitan dalam membawa manusia bersamanya ke neraka. Ramai mereka yang dahulunya hebat dengan dakwah samada di Universiti atau ketika muda, apabila kahwin hilang entah ke mana. Ada yang kuat ibadahnya tetapi apabila kerja, menjadi manusia yang lalai, ramai yang ikhlas berniaga, diniatkan jika berjaya mahu membantu agama dan membantu orang-orang miskin, namun apabila berjaya mereka lupa malah menjadi orang yang sombong. Ramai yang begitu tingginya ukhuwwah, makan bersama, apabila bertemu berpelukan tetapi akhirnya menjadi musuh yang ketat. Syaitan menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu elemen keluarga, harta, pangkat, wanita dan senjata dalam diri manusia seperti sifat ego, dengki, cinta dunia, marah, dendam, taksub, suka berdebat, suka berehat, jemu dan sebagainya untuk melalaikan manusia dari Allah SWT. Apa yang malangnya banyak amal yang dilakukan menjadi hancur apabila syaitan berjaya memasukkan jarum ujub, riak dan sombong. Begitu juga mereka yang separuh abad usianya mengabdikan diri pada dakwah, namun apabila usia dihujung senja, ia menjadi manusia biasa, ruhnya menghadap Tuhan bukan sebagai seorang fisabilillah tetapi sebagai seorang doktor atau usahawan atau guru atau pegawai kerajaan. Alangkah ruginya kehidupan, alangkah rugi nya usia dan masa. Ada mereka yang bila perniagaannya menghadapi masalah, dia mengundurkan diri lupakan Tuhan, meninggalkan amal dan dakwah. Kalau kita bertanya kenapa ianya berlaku, tidakkah mereka merasa rugi sedangkan ganjaran dan kemuliaan mereka yang berada di medan dakwah adalah tinggi di sisi Allah SWT. Mereka juga mempunyai ilmu, Ayat Al Quran dan Hadis yang menerangkan kelebihan dakwah, mereka hafal dan begitu fasih dilisan mereka, mereka juga sentiasa memperingatkan diri mereka dengan tipu daya syaitan dan nafsu tetapi persoalannya apa lagi yang tiada pada mereka sehingga mereka hanyut, syaitan yang mereka musuhi menjadi teman sejati, budaya hidup yang lalai menjadi keseronokan, dakwah yang menjadi agenda utama menjadi perkara yang membosankan, sahabat yang dicintai kerana Allah menjadi sahabat yang ingin dijauhinya.

Jangan lalai dari Syaitan dan Nafsu

Wahai ikhwan yang dikasihi

Kalau kita mengadakan diagnosis perkara ini, ia memberi beberapa jawapan dan jawapan yang utama adalah Syaitan serta nafsu. Ramai terkena serangan syaitan dan mereka tidak sedar dan tidak mampu menahannya. Demi Allah, syaitan tidak pernah berputus asa dan ia tidak pernah tidur atau berehat untuk merosakkan anak adam. Dengan penuh kesabaran ia sentiasa menunggu peluang untuk ia bertindak di mana ketika itu kita lupa dan lalai. Orang yang tenang adalah musuh syaitan, ketenangan menyebabkan seseorang itu dapat berfikiran waras dalam setiap tindakan. Justeru itu syaitan akan mengugat ketenangan diri manusia itu dahulu. Ia menggunakan isteri atau anak-anak atau ibubapa atau saudara mara atau perniagaan atau harta atau jawatan atau musibah atau penyakit. Ia akan menggunakan semaksima segala apa yang ada di sekeliling atau sifat dalam diri untuk mengoncangkan ketenangan Mereka boleh menjadi sahabat yang baik sebagai musuh, anak buah sebagai penderhaka, orang yang dibantu menfitnah dan pelbagai lagi. Ia juga mendatangkan perasaan ketakutan terhadap masa depannya dengan pelbagai ancaman seperti dibuang kerja, penjara atau pelbagai tekanan yang akan dihadapi.

Hari ini syaitan bertepuk tangan, mereka telah berjaya menyelinap dalam hati umat Islam sehingga berjaya mengugat dan memecahkan keharmonian kasihsayang. Mereka yang dahulu kelihatan kuat, hebat apabila berpidato, kasihsayang yang erat, tapi hanya masalah khilafiah ,ada yang berpecah belah sehingga bermusuhan bagaikan orang jahil, caci mencaci, fitnah menfitnah, pulau memulau mula berlaku, segala permusuhan mereka adalah atas jalan yang syaitan, ia langsung tidak dibenarkan oleh syara', dan yang paling sedih segala bangunan kebaikan yang mereka dirikan bersama hancur begitu sahaja. Ramai yang gugur tetapi bukannya gugur dimedan jihad tetapi gugur dilembah nafsu. Mereka semua terkena bom yang dilontarkan oleh syaitan, keilmuan, keimanan dan kasihsayang mereka tidak begitu kebal untuk menjadi benteng mempertahankan diri. Mengutuk dan memarahi syaitan sebagai penyebab adalah menutup kelemahan diri, sebagai musuh ia sudah menyatakan bahawa ia melakukan serangan kepada kita, ia akan bersabar sehingga ke tika menghadapi sakaratulmaut pun ia akan terus mengumpul bala tenteranya untuk merosakkan kita. Yang penting bagi kita ialah menyiapkan pertahanan agar serangan yang dilemparkan tidak memberi kesan. Memandang rendah pada keupayaan musuh biasanya membawa akibat yang buruk.

Persoalannya bagaimanakah kita mudah terkena permainan syaitan? Kita perlu memberi jawapan yang jujur, demi Allah sesungguhnya tipudaya syaitan amat hebat, hanya mereka yang diselamatkan oleh Allah SWT yang akan selamat. Persoalannya kenapa ramai diantara mereka tidak diselamatkan oleh Allah SWT? Kalau kita melihat secara mendalam sebab-sebab iblis tidak selamat dari kekufuran walau banyak ibadahnya ialah penyakit merasa sempurna diri atau ego. Ia merasakan dirinya tak mungkin akan derhaka pada Allah SWT. Penyakit ini menyebabkan ia kurang bergantung hati pada Allah, merasa aman dari murka Allah. Apabila datangnya ujian supaya sujud pada adam, ia tersungkur tewas dalam lembah ketakburan. Ia mengatakan ia lebih baik dari adam, kenapa ia mahu sujud? Inilah perasaan yang bahaya yang tersembunyi dalam jiwa. Penyakit ini akan keluar apabila datangnya ujian. Ibadah yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai ubat, tidak berjaya menghapuskan kesombongan dalam hati. Awasilah nafsu yang tersembunyi dalam hatimu, ia adalah musuh yang tersembunyi dalam dirimu sendiri. Perasaan ke sombongan inilah yang boleh menyebabkan kita juga akan dimurkai Tuhan, perasaan ini jugalah yang menjauhkan kita dari mendapat pertolongan Allah SWT. Bahayanya jika kita tidak mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan Allah SWT. Inilah penyakit kebanyakkan yang perlu diubati. Kita lemah dan lalai dalam ibadah, dalam tawakkal, rasa hebat dengan ilmu, dengan perancangan, dengan idealisma. Demi Allah , inilah dilema yang sebenarnya kita hadapi. Umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan akidah, pendidikan yang kita lalui hari ini hanya memberi tumpuan kepada kekuatan akal, kekuatan kerohanian menjadi sampingan. Kekuatan akal hanyalah sebagai bergerak atas landasan logik sedangkan kekuatan kerohanian adalah penghubung ia dengan Tuhan. Kerohanian adalah sumber kekuatan kerana ia melihat, mendengar dan merasai dilautan kerohanian yang dalam. "Tidak sama orang jahil dengan orang yang berilmu" berilmu disini ialah makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat manusia. Mengenal Allah secara il mu dzahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih , tersingkap baginya rahsia ketuhanan, semakin ia bersih semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqomah. Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan, ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya dimana ia berada. " Dimana kamu hadap disitulah wajah Allah SWT". Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat. Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq. "Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al Quran itu melainkan mereka yang suci," ditafsir oleh ulama tasauf bahawa ayat-ayat Allah tidak a kan berada dalam jiwa yang kotor, bacaan mereka hanyalah dilidah bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca ayat " Sesungguhnya Ia berada dimana kamu berada." Kalau hati kamu keras, ayat ini sekadar maklumat pada akal sedangkan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir yang lain. Tetapi apabila hati kamu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga ia merasai kebersamaan dengan Allah dimana ia berada. Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga. Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah, Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja. Sesiapa yang mengenal Tuhan , ia akan mencintai Tuhan dan fanalah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah geli sah dengan apa jua yang menimpanya. Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikirullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya " Sesiapa yang mengingati Allah, Allah akan mengingatinya". Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan. Firmannya "Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan". Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat dikalangan oleh tafsir yang muktabar apalagi pentafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasauf yang pakar dalam bidang kejiwaan manusia.

Kesan dari hati yang lemah.

Apabila hati lemah hubungan dengan Allah SWT, ia amatlah mudah dihinggapi penyakit apalagi mereka kebanyakkan juga jahil dalam masalah ilmu hati, mereka tidak mengenal sifat-sifat mazmumah dan tipudayanya, mereka tidak menghalusi perjalanan tasauf yang benar. Hati mudah diserang penyakit 'ujub, riak, takabbur, apabila berada dimedan amal. Semakin banyak amalan dilakukan, semakin terasa sempurna diri dan menghitung amal. Kesempurnaan diri menyebabkan hati tidak merintih dan merasa fakir dengan Allah. Tidak berhajat dengan Allah untuk keselamatan dirinya dalam menghadapi tipudaya syaitan, merasa diri selamat, inilah jua penyakit iblis yang ia merasa tak mungkin akan derhaka pada Allah lantaran banyaknya ibadah dan pangkatnya sebagai ketua malaikat. Tertipu dengan amal, pangkat, keturunan, keilmuan, kekayaan dan kesibukan dakwah sehingga timbulnya takabbur, merasa diri aman dari murka Allah SWT. Inilah hijab atau penyakit yang menyebabkan mereka tidak akan ditolong oleh Allah SWT apabila diserang syai tan. Sezarah takbur ada dalam dada diharamkan syurga dan takbur juga menyebabkan seseorang diharamkan mendapat kasihsayang Allah SWT dan perlindunganNya.. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa bimbang dengan Allah dan mengharapkan keampunan Allah, hati sentiasa merintih pada Allah agar menerima amal, mengharap Allah menyelamatkan mereka dari gangguan syaitan dan nafsu. Mereka tidak pernah menghitung amal mereka melainkan sentiasa melihat keaiban mereka. Inilah rintihan Aisyah r.a. " Alangkah baiknya jika aku menjadi pohon kayu" Alangkah baiknya jika aku dijadikan seekor biri-biri yang dilampah kulitnya tanpa dipertanggungjawab diakhirat nanti." Berkata Abu Darda " Sesiapa yang tidak pernah bimbang ia mati kafir atau beriman, ia akan mati dalam kekafiran". Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ada takut dan harap kepada Allah SWT. Justeru perhatikan diri kita, adakah ibadah kita selama ini telah meleburkan keegoan kita. Jika tidak ,berhati-hatilah dengan fitnah keegoan kerana ia senjata syaitan yang amp uh untuk merosakkan kita. Hati yang takabur tidak akan sepenuhnya bergantung pada Allah, ia sentiasa melihat kekuatan dirinya, ilmunya, amalnya, kekayaannya, pangkatnya, manusia sekelilingnya sebagai penolongnya. Sikap yang tidak bulat penyerahan diri pada Allah dan merasa fakir dan berhajat padaNya pada setiap saat menyebabkan ia tiada perlindungan apabila datangnya hembusan syaitan dan akhirnya tersungkur pada tipudayanya.

" Sesungguhnya syaitan tidak berkuasa terhadap orang-orang yang beriman dan orang-orang yang bertawakal kepada Tuhan. Tetapi syaitan hanya berkuasa terhadap orang yang mengambilnya sebagai pemimpin dan orang yang menyekutukan Tuhan."

Thursday, March 12, 2009

Layakkah Aku?

Kawan2..ini adalah satu buku yg aku sangat sangat sangat sangat sangat syorkan..aku boleh kategorikan..tolonglah baca wahai kawan2..
Aku cemburu pada Si Kamil ni..cemburu kerana mendapat hidayah yg tak terhingga dari Allah. Tapi dia bukan dapat secara percuma..dia mencari, mengkaji dan berusaha..aku mohon Allah bagi aku keistimewaan yg setanding juga dalam usaha aku mencari damai hati..tapi rasanyea aku nak tukar objektif pencarian aku kepada mencari manisnya Islam..insyaAllah..

Kawan2 aku kat sini nak mintak maaf sesesungguhnya yg mana sememangnye aku ada buat salah pada korang semua samaada sedar ke tak sedar..mengata secara sengaja or tak sengaja..bergurau keterlaluan..mintak halal apa yg aku terambil.. semuanya..aku dalam proses penyucian hati dalam perjalanan aku mencari apa yg aku cari..doakan aku ye..

Wednesday, February 18, 2009

Mencari Damai Hati...


Macam aku dah bagitau dalm post sebelum ni..aku nak share dgn kawan2 apa yg aku jumpa sepanjang pencarian aku dalam mencari damai hati.Aku rasa buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok..mungkin menjadi pembuka hati kita ke arah mencari makna sebenar kehidupan sebagai muslim..bacalah..aku sgt2 advise..pengalaman ordinary people yg Allah bukakan hatinye utk mengecapi manisnya Islam..moga kita juga mendapat hidayah yg serupa..cemburunye aku org2 yg sebegini..semoga aku dan kawan2 tak penat or putus asa dalam pencarian mencari damai hati..amin..

Friday, February 6, 2009

Hujan lebat...

Ujan lebat sangat..camne aku nak balik melaka ni..mesti jem..plannye....petang ni aku n odiet nak pi umah elyana kat klebang..tido sana..sebelum masing2 balik rumah masing2 hari sabtu..dah ujan lebat..sampai berkabus opis aku..kena le lewat sket bertolak..mlm le gamaknye kami sampai klebang..

Ahad lak aku nak pi visit zura kat umah fazli kat pokok mangga, klebang gak..fid pon ada insyaAllah..x sabarnye...lama x jumpa depa..rindu giler..

AKU, FID, & ZURA kawan baik masa kat U. satu skool..macam2 kes jadik..tapi kami tetap remained best fren.. depa semua dah beranak pinak tapi aku gak yg beranak tekak je..hehe..apa2 pon..aku suka kawan dgn depa n kawan2 aku yg lain..sbb tu kalu ada kawan baik aku yg nak pindah jauh jauh..aku rasa cam nak putus tali jantung..sbb makin kurang kawan aku utk tpt mengadu...sbb bagi aku tanpa kawan (dlm kes aku le..tapi family still no 1)..apa la yg ada pada aku ni..huhu sedih lak tetiba..okla..ciau..

Thursday, January 15, 2009

Zaiton Sameon

On the way pergi kerja tadi, Selangor.fm (yes, I kdg2 dgr slngor fm ye, ada motivasi, ceramah, berita nasional dll) pasang lagu...kak eton..tetiba aku rasa lagu tu ada kena mengena dgn aku..bukan nak mengadu domba tetapi..saja nak share perasaan akau di pagi kamis ni...yg paling menusuk kalbu part ni..

......Dulu aku sendiri, kini masih sendiri
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan...

Sekian..

p/s: aku nak bfast bihun..

Wednesday, January 14, 2009

WOnder WHy & HOw SOme People Are VEry SMart

He is one of them..CHE DET..

Lihat..betapa Israel benci dgn kita, Muslim!!!

Baca blog ni..bangsa yg x sedar diri menumpang di bumi Allah..

http://smoothstoneblog.com/2009/01/they-don%e2%80%99t-deserve-their-own-state.htm

AKU MACAM TEMBAM SEMACAM!!

Korang rasa tak aku makin tembam a.k.a gemuk.mungkin inilah hasil aku malas exercise since pose dulu..aku bersenam macam biskut..kejap buat kejap tidak..malas nye MasyaAllah..apa pendapat korang?

Sunday, January 11, 2009

MULAKANLAH WAHAI KAWAN-KAWAN SEKALIAN.....

Kalau masih belum mampu nak boikot 100% product Amerika/Israel..mari kita mulakan dengan.. stop buying these items...COLGATE, STARBUCKS COFFEE & COCA-COLA..and try harder to avoid the other products..http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Masih byk yg argue psl keberkesanan boikot ni..samaada kesan scr langsung or x langsung terhadap rakyat Palestine itself or to our own citizens which are currently working with these American based company respectively..but..why argue so much? Just ask ourself, what we have done for Islam? if nothing..just take this very simple step as for start..before we can become the real Mujahid raising our weapon to fight againts the laknatullah Zionis!!!!AllahuAkbar!!

Friday, January 9, 2009

KENAPA AKU MALAS?????

Aku tgh dealing dgn penyakit paling merbahaya..MALAS!!!!

Ini step pertama aku..baca blog ni..
http://freelanceswitch.com/productivity/10-ways-to-make-laziness-work-for-you/


TAKDE KEJE CARI KEJE


Ini adalah aku yg takde keje cari keje..operasi test crystal eye webcam laptop...

Thursday, January 8, 2009

Ku Mohon

This song explain my heart...share from Odiet FB

Setiap hari ku,
mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati...
kekuatanMenempuhi segala,
dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya...

Kau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuranKu doa
Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah, ku perlu rahmat dari Mu

( korus )

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala, hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu, selalu.....

Ada kala ku merasa,
hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatikuMelalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada, hidupku..........

New Office

pintu masuk
tempat duduk

cabinet yg x file friendly..tah hape2..

sbnrnye nak tunjuk medal tu kehkeh + gelung tu yg dibeli di pasar mlm Nyalas..ramai berkenan tu..

Yang paling aku suke, cubicle aku ngadap hutan...besttttttttt.....i love nature...because i'm a kampung girl...

pstt...tambah gambor spy dpt real view :-)

Wednesday, January 7, 2009

GURINDAM GAZA

Aku ambik dpd FB member ex-KISAS yg mmg sangat perihatin dgn nasib Palestin, even dia sedang tanggung/so called amik sorang anak angkat Palestin..

GURINDAM GAZA

Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,

Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuaya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!

ABUKIFAH

Tuesday, January 6, 2009

Memahami Al-Quran

Kawan2 sekalian..entry2 yg berunsur muhasabah diri adalah lebih kepada untuk peringatan diri sendiri, bila letak dlm blog mudah utk di retrieve semula, at anytime when I need it. Bukan utk membangga diri, jauh lagi utk tunjuk alim..siapa sudi boleh kongsi sama2..kebanyakannya adalah perkara2 yg aku sendiri nak tahu..ini salah satu usaha aku dalam 'pengembaraan mencari damai hati'...

Dipetik dpd: blog Da Right Path

1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009)

Untuk peringatan bersama..

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya’allah.. Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Monday, January 5, 2009

Please pray for our brothers and sisters safety in Palestine


Israel dah gila!!!That is the only thing that i can say. Mereka tekad utk mengadakan serangan habis-habisan kali ini.Dengan alasan utk menghapuskan pengganas, tapi org awam yg menjadi mangsa..adakah benar pejuang Hamas tu pengganas? ataupun itu cuma alasan mereka utk menghapuskan umat Islam seluruhnya dari bumi Palestine?Mana kuasa2 besar Arab?Duduk diam menikus?..Apa yg mampu kita, si kerdil ni buat..memanjat doa kepada Allah semoga saudara kita disana dilindungi Allah.Amin..

 
design by suckmylolly.com